PENGENALAN


PENGENALAN CHALET RIMBA JINBARA



     1 kampung 1 produk. Itulah antara saranan kerajaan yang telah disahut oleh kami, belia belia Kg Kemensah dengan membangunkan kawasan chalet dan rekreasi. Diberi nama Chalet Rimba Jinbara mampu menampung sehingga 150 orang dalam satu masa.
     
     Berkeluasan seluas 5 ekar dan terletak di Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah ,  Hulu Klang, Ampang Selangor. Hanya di belakang zoo Negara dan dari situ, mengambil masa lebih kurang 7 minit untuk sampai ke Chalet Rimba Jinbara.
     
     Di kelilingi oleh hutan semulajadi yang menjanjikan kedamaian, ketenangan dan keasyikan serta dihiasi dengan sungai sepanjang 12 KM. Jauh dari pencemaran alam dan bunyi. Kawasan rekreasi ini juga turut mendapat perhatian dan kerjasama darpada Pihak JPS ( Jabatan Pengaliran Dan Saliran Selangor ) di mana pihak mereka telah melantik kami menjadi anak angkat mereka bagi pemeliharaan dan penjagaan sungai.
     
     Menjadi tempat pilhan untuk seisi keluarga yang suka berkelah dan beriadah sambil BBQ di tepi sungai. Selain perkelahan keluarga tempat ini juga menjadi lokasi untuk program motivasi dan hari keluarga untuk badan-badan kerajaan dan pihak swasta (NGO).
     
     

     Berbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung yang sukakan cabaran seperti ‘ Jungle & River Trekking’, ‘ Night Trekking’, ‘Merentas Halangan & Sukaneka’. Selainitu, aktiviti memancing dan perkhemahan juga turut disediakan.
     
     Pendek kata CHALET RIMBA JINBARA ini memang sesuai untuk institusi keluarga, badan-0badan kerajaan dan juga pihak NGO untuk beriadah, berekreasi dan bersantai.
     
     Dimana lagi anda boleh dapat kawasan rekreasi yang menghijau dikelilingi hutan hujan tropika semulajadi sebegini dimana pada masa yang sama, hanya memerlukan masa yang singkat (20 minit) dari pusat Bandar.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates