SEJARAH


SEJARAH PENUBUHAN CHALET RIMBA JINBARA


      Tercetusnya idea untuk menubuhkan Chalet Rimba Jinbara ini datang daripada Allahyarham Andi Rahman bersama beli belia kampung Kemensah sendiri pada sekitar 90 an dan dikomersial kan dan menjadi satu perniagaan utama. Pada asalnya, penubuhan chalet ini ialah untuk pelancong pelancong asing yang suka menjelajah ke kampung kampung ( Backpackers ). Sekitar tahun 1995 – 1996, chalet ini banyak mendapat perhatian pelancong – pelancong luar , maka pihak pengurusan chalet telah membuat keputusan untuk membuka perusahaan ini kepada pelancong pelancong domestik pula iaitu penduduk Malaysia. Sambutan juga dilihat amat menggalakkan apabila dibuka kepada penduduk setempat. Maka system ini pun diteruskan sehingga ke hari ini iaitu chalet ini menerima sesiapa sahaja yang inginkan suasana kehidupan didalam hutan.


     
     Dibina dari sumber sumber hutan yang ada untuk membina sesebuah chalet. Sedikit demi desikit kami memperkembangkan perusahaan ini. Permulaan dari sebuah chalet sehigga kini kami mempunyai 10 unut chalet. Pada tahun 1998, teratak Santapan Jinbara (café) dibina untuk memudahkan pelanggan chalet menikmati hidangan masakan kampong dan 2001, mla dibina kolam ikan air tawar bagi kamudahan pengunjung untuk memancing. Aktiviti juga iperlbagaikan setelah mendapat banyak maklum balas dari para pengunjung yang mahukan cabaran didalam hitan. Maka kami menyediakan aktiviti trekking di dalam hutan dan sungai sertaa menginap di kawasan air terjun yang memerlukan peserta berjalan di dalam hutan lebih kurang 40 minit.

     
     Pendek kata, dari perniagaan yang kecil, kini chalet rimba jinbara telah berkembang menjadi satu perniagaan utama yang diusahakan oleh belia belia kampung Kemensah. Selain dapat menjana pendapatan anak anak kampong, ia juga dilihat sebagai menyahut saranan kerajaan yang mahukan 1 kampung, 1 industri.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates